KECEWA...Ira bersama Dr Ibrahim menunjukkan bekas simpanan beberapa jam berharga
miliknya yang sudah kosong.
KUALA LUMPUR: “Saya tidak pernah mempunyai masalah dengan mereka. Selama ini apa yang diingini saya beri dan tidak pernah abaikan tanggungjawab sebagai majikan.
“Tetapi lain pula yang dibalas. Saya terkilan dan sakit hati apabila mereka sanggup melarikan diri, malah turut mencuri barang berharga kami sekeluarga,” itu luahan jutawan kosmetik, Datin Ira Ghani, 35, yang kerugian lebih RM500,000 dipercayai dilarikan dua pembantu rumah di banglo mewahnya di Gombak dekat sini.
Difahamkan, ketika kejadian, beliau dan suami, Profesor Datuk Dr Ibrahim Ahmad berada di Singapura selama empat hari kerana urusan kerja.Hanya tinggal dua anak lelakinya, Mohd Danish Irfan, 13, Mohd Danish Roshan, 8, dan seorang anak saudara perempuan bersama kedua-dua pembantu rumah terbabit.
Dua pembantu rumah mangsa berasal dari Jawa Barat dikenali Luluk Tanjiyah, 33, dan Udayati, 40, sudah bekerja dengannya setahun lalu dan diberi layanan baik.
Tertarik dengan berita nie hari nie.....ehmmm selama dia keburukan yg dilakukan oleh amah2 nie ramai yg berdiam diri ataupun tak der la jadi tajuk utama...yg menjadi tajuk utama bila amah didera oleh majikan....citssss....
Sekarang dia org nie ada hati pulak , bayaran dikenakan untuk satu kerja RM700....pegila.....ehmmmm, nak kata dia org nie 100% jahat tak la...ada jugak yg baik...tapi pada2 la kan....jangan nak salahkan satu pihak jer...sila tgk pihak kamu jugak yerrrr.....sekiannn...
No comments:
Post a Comment