Wednesday, October 15, 2014

Harta dunia....setakad manakah?



Renungan bersama....



harta dunia: hanya alat bukan matlamat



Alhamdulillah atas nikmat kehidupan dalam Islam yang Allah kurniakan. Saya mengingatkan diri agar terus-terusan berdoa supaya kekal dalm Islam dan mati di dalamnya. Beruntunglah bagi orang yang hatinya tetap di jalan yang Allah redhai. Saya mulakan perkongsian ini dengan Firman Allah dalam Surah Al-Hadid (57:20):

20. ketahuilah Bahawa (yang dikatakan) kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah (bawaan hidup Yang berupa semata-mata) permainan dan hiburan (yang melalaikan) serta perhiasan (yang mengurang), juga (bawaan hidup Yang bertujuan) bermegah-megah di antara kamu (dengan kelebihan, kekuatan, dan bangsa keturunan) serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak pinak; (semuanya itu terhad waktunya) samalah seperti hujan Yang (menumbuhkan tanaman Yang menghijau subur) menjadikan penanamnya suka dan tertarik hati kepada kesuburannya, kemudian tanaman itu bergerak segar (ke suatu masa Yang tertentu), selepas itu Engkau melihatnya berupa kuning; akhirnya ia menjadi hancur bersepai; dan (hendaklah diketahui lagi, bahawa) di akhirat ada azab Yang berat (di sediakan bagi golongan Yang hanya mengutamakan kehidupan dunia itu), dan (ada pula) keampunan besar serta keredaan dari Allah (disediakan bagi orang-orang Yang mengutamakan Akhirat). dan (ingatlah, bahawa) kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang Yang terpedaya.


Ayat ini menyatakan nikmat dunia yang sering dikejar manusia termasuklah kekayaan dan anak keturunan. Ya, kedua-dua nikmat inilah yang akan menguji manusia di dunia ini. Andai tiada benteng pertahanan yang kukuh, maka kita akan lalai dan berasa asyik untuk mengejarnya. Betapa banyak kita melihat kini ramai manusia yang meletakkan nilai material sebagai ukuran kejayaan hidup. Tidak dinafikan harta itu penting dalam memastikan kelangsungan hidup. Namun, apabila ia menjadi matlamat hidup dan diusahakan siang dan malam, maka tersasarlah manusia dari tujuan utama kehidupan iaitu untuk mencari redha-Nya.

Sahabat-sahabat sekalian,

Allah telah mengingatkan manusia tentang ujian harta dunia ini sepertimana Firman-Nya dalam Surah At-Taubah (9:24):

24. Katakanlah (Wahai Muhammad): "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda Yang kamu usahakan, dan perniagaan Yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal Yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara Yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk ugamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang Yang fasik (derhaka).


Ayat ini menunjukkan keluarga dan kekayaan mampu menghalang kita dari berjihad ke jalan Allah. Kadangkala urusan mencari harta menyebabkan kita kurang menekankan kepentingan untuk menuntut ilmu. Sedangkan menuntut ilmu itu kewajipan. Ilmulah dapat membantu kita memperbaiki amalan harian kita. Usaha menambahbaik amalan juga kadangakala dilupakan akibat terlalu fokus dalam mencari harta dunia.

Sahabat-sahabat sekalian,

Satu perkara yang perlu kita fikirkan ialah, harta dunia ini hanya sementara, kelak ia akan ditinggalkan. Hanya amalan kita yang menjadi bekal untuk dibawa menghadap-Nya. Tanpa sedikit pun diabaikan, setiap butir bicara, amalan dan gerak hati kita akan dihitung. Takut. Itu pasti, risau, dan mencemaskan. Itu perasaan yang patutnya hadir dalam jiwa bila mengingatkan mati dan mengenangkan amalan kita selama ini. Setiap detik kita semakin hampir dengan kematian.

Akhirnya, saya menyeru diri dan sahabat-sahabat sekalian untuk kita sama-sama menyeimbangkan urusan mencari harta dengan menambahbaik amalan kita. Alangkah baiknya jika ia seiring, bergandingan dan saling memanfaatkan. Gunakan harta yang diperoleh ke jalan kebaikan, zakat dan sedekah. Moga harta kita sentiasa dibersihkan dengan amalan-amalan tersebut. Ingatlah harta dunia hanya alat bukan matlamat hidup kita. Wahai diri, ingat harta hanya sementara, dunia bakal ditinggalkan, amalan itu bekal dan kekal dalam pemerhatian-Nya.

Wallahua'lam

ingatan buat diri ....

Shawl Qaseh Ameera by Eldina


Alhamdullilah .... nak seribu daya tak nak seribu dalih.... Eldina Collection telah mengeluarkan product barunya iaitu Shawl Qaseh Ameera.... shawl yg betul2 exclusive ... dijahit dengan teliti ...kain juga dr yg berkualiti tinggi tau.... ummi nie bab2 nie memang perlu ketelitian gitu....yelah kan nak nampak kemas dan ayu gitu.... kadang nak senang, mudah ...tapi cantik dilihat...oh giituuuuu...

Manik pun i pilih jugak tau.... begitu juga cristal yg dijahit pada shawl dari Eldina nie, kekemasan dan ketelitian begitu di ambil berat.... yelah nak jual pada org kan...ummi nak la si pemakai shawl ummi nie kelihatan ayu dan cantik gituuuuu.....

Untuk permulaan nie ummi just keluarkan hanya beberapa warna sahaja, untuk 2nd batch nanti insyaallah.... banyak lagi warna pilihan.... yg hot2 gitu....
Tak sangka just post kat kawan2 group whatsapp  dan tunjuk pada rakan2 office sahaja dah tinggal beberapa helai jer yg available..




Olive Green


 

 
 Warna yg tinggal hanya warna mustard, dark turquoise, aggie maroon dan olive green.
Shawl nie senang jer nak pakai n mudah terbentuk.... butterfly yer bentuk...so memang dah senang la.... n terletak jer, tak payah dah nak tarik sana sini.... Ummi nie sebenarnya tak suka pakai shawl...sebab kena pakai banyak pin, tu yg leceh yer.... ummi suka pakai yg tinggal sarung jer...like tudung fareeda tue ....hehehe, maka untuk memudahkan ummi pakai shawl ummi pun buat la sendiri shawl ummi sebabnya bile beli yg org jual kadang tidak memenuhi kehendak ummi.... so ummi pun nak u all senang macam ummi....:):):)

ok nanti utk yg 2nd batch ummi akan war2kan bila akan keluar...ummi jual online , so boleh visit ke ig ummi yer... @eldinacollection.


 

Tuesday, October 14, 2014

Rumah baru....


Alhamdullillah proces untuk beli rumah semua dah settle...tinggal nak masuk jer, nak masuk pun banyak benda perlu dipikirin, nak buat itu , nak buat ini, nak beli itu nak beli ini....kira semua itu perlukan wang wang wang....

Pasal itu semua ummi serahkan pada walid Wardina....ummi tinggal cadangkan n cakap jer mana yg perlu n tidak..... kena jugak catu ..karang tak pasal2 pembaziran berlaku disitu.....
Now rumah tgh process pasang kabinet n plaster siling.... n jugak buat grill.... ummi minta Ah Chai pembuat  semua benda tue dalam tempoh sekian2....kira kalau boleh 3 minggu dah siap semua....hehehe kena paksa disitu.... ko AhChai jgn caj mahal2 sgt ok.... kira win win ah...

sebenarnya ummi tgh xcited nak tinggal rumah baru nie...yelah yg lebih selesa... jauh ke dekat itu belakang kira...janji ummi n keluarga happy dan selesa duduk....rumah sekarang bukan tak selesa ...ok sgt kerana dekat ngan tempat kerja. tapi itu la semua org inginkan rumah untuk hari tua kan....camtula dengan en suami....dia nak kerja dan berkhidmat pun dah tak lama, maka perancangan untuk dia menghabiskan masa2 dia pencen nanti dia nak duduk kat pinggir kota....heheheh cth K.Selangor...hahhah jauh tak korang rasa...ehmmm tak la...maybe pada org yg tak selalu ke sana bila dgr akan terasa jauh noooo nak ulang alik kan.... tak la...sementara masih bekerja nie....kami dah plan hari2 kerja kami duduk rumah kat PJ tue hah.... bila weekend jer balik sana....atau cuti lama sikit....nanti mak atau adik2 ummi boleh tgk2 kan....kiranya rumah tue dekat ngan umah keluarga ummi la.... :);):)

Ummi tak sangka sebenarnya walid Wardina last2 nak beli rumah area sana...yelah dia kan org Seremban...ingat dia beli la rumah kat area Seremban...tapiiii pikiran ummi meleset sama sekali...hehhe happy sebenarnya bila ummi tinggal dekat ngan family ummi nie....ehhehehe. Suami ummi sebenarnya tak lama dah pun dia akan pencen ...tgk la kalau rajin pegi sampai umur 60.... tapi itu la...semua masih dalan perancangan dia....tak tentu lagi....tgk keadaan...yelah sekarang semua barang dah mahal....anak dia masih bersekolah....perlukan banyak belanja....inshaallah semoga murah rezeki nanti....

Rumah ku syurga ku.... :):):):)
 
 
 
tapi kan baru2 nie dia ada plan together2 ngan pakcik ummi...aka adik pada mak mertua walid wardina....yelah depa kan rakan sebaya... lagi pun kami memang rapat makanya pakcik ummi tue ajak jadi jiran plak ....makanya akan adaaaaaaaaa........... cher teka ummi belanja....
hehehe ok nanti akan ada sambungan dia......




 

Monday, October 13, 2014

Bertukar- tukar....


Tempat baru, kerja baru..... heheheh tempat tue tak la baru sangat , just tukar wing jer...dulu kat utara ...now ke selatan.

Nak turun ke state banyak benda n parkara kena fikir... fikir dari banyak segi, bukan untuk diri sendiri sahaja....apa keputusan yang perlu ummi buat perlu utamakan keluarga dahulu. So ummi ambik keputusan juat stay kat HQ sahaja.... yey tapi kena tukar division jer la. suka tak suka kena suka jugak la kan....ini semua punca rezeki ummi, kerja perlu ikhlas jgn banyak merungut tak elok...betul tak. Apa2 hal perlu la bersyukur... masih disini.

Selama berkhidmat dgn TSSSB nie dah tukar beberapa division.... lucky to me....syukran. Dah berdepan dan bekerja dgn beberapa bos.... tak kisah la cerita cerita yg tak sedap didgr..... just buat jer la kerja....rasa tak boleh buat yang terbaik...buat la ikut kemampuan diri...janji ummi tak usik dan ganggu org...:):):) bagi ummi ada aku kesahhhhhhhh.



 

Assalamualaikum semua......

Hi semua, sihat ke... YA Allah lamayer ummi wardina nie menyepi kan....setahun lebih gitu blog nie senyap.ilik ..huhuhuhu

bukan apa cuma ummi ....ummi...ummi...hehhehe...tak pe la kita tutup yang lama...cerita lama biar ummi simpan dalam hati ummi nie.....

kalau ikutkan nafsu nie banyak benda n perkara yg ummi nak share...hehehe....
yelah setahun punya cerita tueeee u all....

happy, sedih,... bangun...jatuh ...semua ada laaa....

okkkk...lupakan....
now ummi tgh penin n sibuk sikit cos nak masuk rumah baru...banyak benda nak kena pikir...tapi ummi bersyukur semua tue walid wardina aka hubby ummi yg paling sibuk....dari A sampai Z dia yg cari...ummi ikutkan jer....syukrann....cuma kadang dia minta cadangan ummi...cos kadang citarasa lelaki tak sama ngan perempuan yer daa....

untuk bilik anak kesayangan ummi ...si Wardina memang 100% dia yg fikir n cari....tahu tahu ummi dia tempah dari US....huhuhu sejak bila dia pandai shopping online nie....tanjat ummi tau.....
yelah untuk memenuhi kehendak anak kesayangan dia kan.... tema bilik nak frozen....huhuhu tgh gila frozen kan skrang.... ummi follow jer..... walid dia gigih nie cari wallpaper frozen.....ummi tak kuasa la.... tapi ummi ikutkan jelah....

ok ummi stop sini dulu yer....pada semua selamat kembali...ehh wish pada siapa yer...hehehehe selamat kembali pada ummi wardina la....hehehehe...