Manusia nie macam2 ragam kan....layan n tak terlayan jerrrr...saya bila berkawan dengan seseorang keikhlasan dan kejujuran itu sgt penting , kalau yg lebih muda dari saya tue saya akan anggap dia adik saya, kalau yg tua dari saya, saya anggap kakak. Namum jika dan apabila datang seorg yg lain dan terus bertanya atau mempertikaikan keikhlasan kawan-kawan yg saya ada, samaada mereka berkawan dgn saya itu ikhlas atau tidak... Secara automatik saya akan memandang org yg bertanya itu sebagai penghasut, syaitan dan sebagainya kerana dia cuba untuk memercikkan api keraguan saya terhadap kawan saya sendiri. Dengan itu saya akan mula menjauhi dan memasang benteng kecurigaan pada org ini kerana bagi saya org sebegini jiwanya tidak betul, .... hatinya terpalit lumpur kerana siapa dia mahu mempertikaikan keikhlasan org yg berkawan dengan kita?....
Makanya sebagai manusia dan ISLAM janganlah kita mengizinkan diri kita menjadi Syaitan menghasut sana sini demi kepuasan diri sendiri...cukup-cukuplah syaitan yang sudah disediakan oleh Allah untuk menguji hambanya....usah kita pula mahu menjadi syaitan, Allah dah jadikan kita sebaik-baik mahluk/manusia, makanya berperilakulah kita sebagai manusia......
No comments:
Post a Comment