Hi semua,
Selamat Tahun Baru 2016 kepada semua ya....
Selamat tinggal 2016 dan Selamat dating 2016... Jadikan kenangan yang lepas sebagai pengajaran dan panduan untuk kita tempuhi cabaran yang akan datang...semoga dilindungi dan dipermudahkan semua urusan ....
Tahun 2016 nie, anak ummi dah masuk darjah 1.... oiii dah besar dah dia.... seperti yg ummi jangka Wardina nie memang tiada masalah sangat...cuma ummi jer yg lebih risau dan cuak....
Ummi ambik cuti 2 hari jer untuk tgk dia boleh biasakan diri, alhamdullillah dia senang faham apa yg ummi pesan.... syukur sangat kat situ.
Lagi pun sebelum daftar untuk sessi persekolahan 2016 ...murib2 tahun satu nie dah diminta untuk hadir ke kelas insentif 3 minggu awal.... kiranya semua budak2 sibuk cuti mereka sibuk datang kelas. Tapi kelas insentif tue cuma halfday dan budak2 hanya dalam kelas sahaja dan aktiviti hanya membaca dan mengira sahaja. Sepanjang kelas insentif ummi hantar sampai pintu kelas dan ambik pun.... so tempat2 selain kelas tue tak punnnn.
Jadinya bila dah masuk betul2 sessi 2016 nie, memang dia kena banyak la berdikari ....naik van sekolah... pegi dewan makan...pegi surau sembahyang berjemaah dan lain2. Itu yg ummi kena perhatikan samaada dia boleh terima ngan jadual tersebut atau sebaliknya. Alhamdullilah dia sgt disiplin dan follow apa yg ustaz/ ustazah pesan.
Oh yer Wardina ummi hantar di Sekolah Rendah Sri Pintar Al-Amin Bandar Sunway...Alhamdullillah lepas dan layak Wardina untuk masuk ke sekolah tersebut.... Ummi risau jugak kalau2 masa ujian saringan tue Wardina tak lepas.... Ramai ok yg mohon untuk masuk sekolah tue....Syukur sangat Wardina antara yg terpilih. Yelah sebelum tue pun Ummi dah hantar dia ke Little Caliphs 2 tahun ...kalau dia tak kenal huruf dan menulis memang parah la Ummi kannnnn....
Jadual persekolahan bermula pukul 7.45pg sampai 4.15ptg.... macam org masuk office je kan.... Walid dia sebenarnya yg concern anak dia nak disekolahkan kat mana. Ummi dah registerkan dia di Sekolah Assunta PJ dan Sekolah Rendah Agama Taman Medan. Tapi Walid dia risau untuk tukar2 sekolah tue, takut dia penat dan macam2 la kebimbangan dia.... So Kami hanya cuba nasib untuk daftarkan Wardina . Belajar rajin2 ye saying.....